Sep
16
    
Posted (Sarah Malek) in Tudung Bawal Articles on September-16-2007

1. Kalau boleh, janganlah gunakan corak abstrak yang bertentangan dengan budaya Islam - dianggap kurang sopan. Contoh: Corak kepala buah catur/ unsur binatang.

2. Elakkan memakai tudung yang coraknya dianggap berlakunya pertembungan budaya (dari segi corak baju & corak baju dipakai). Contoh: Pakai corak tudung Turki tapi pakai baju corak bunga matahari - kedua-dua corak macam bercanggah dari segi asal usul budaya. Kalau nak pakai tudung corak Turki/ India/ China /Eropah padankanlah dgn pakaian warna polos je…

3. Dinasihatkan agar jgnlah memakai tudung yang sedondon warnanya dan corak yang sama dengan pakaian yang dipakai. Ada pendapat lain kata, kalau pakai beg tangan dan kasut yang sama dengan baju pun nampak memburukkan keadaan lagi. Why???Sebab paduan warna sedondon adalah keterlaluan untuk fesyen wanita bertudung. So buatkan kita takde penampilan menarik…Tapi ramai yg beranggapan ia nampak eksklusif! Jom kite buat survey????Jomlah bagi komen sket….:)



 
Sep
11
    
Posted (Sarah Malek) in Tudung Bawal Articles on September-11-2007

Saiz tudung adalah bergantung kepada bentuk wajah seseorang itu samada ianya kecil atau besar. Tudung-tudung di pasaran kini terdapat dalam pelbagai bentuk seperti segi empat, segi tiga, segi empat panjang. Bezanya juga pada bidang tudung; bidang kecil atau bidang besar. Example: Bukaan tudung yang bidangnya terlalu besar adalah amat tidak sesuai dipadankan dengan seseorang yang bertubuh kecil.

Saiz tudung di pasaran juga didatangkan pelbagai. Ada yang menggunakan kain sebayak 1 meter. Namun begitu, tudung segi empat yang berukuran 1.2 meter dirasakan paling sesuai untuk wanita aktif ataupun bekerja. Ini adalah kerana ia mudah diikat dan tidak mudah mengganggu kerja-keja yang hendak dilakukan.

Read the rest of this entry »



 
Sep
08
    
Posted (Sarah Malek) in Tudung Bawal Articles on September-8-2007

Pilihan fabrik yang sesuai amatlah penting dalam menentukan kedudukan tudung terletak cantik dan kemas di atas kepala pemakai. Jika anda salah memilih fabrik/kain tudung ianya akan membuatkan kepala kelihatan besar dan tidak seimbang dengan badan. Memburukkan keadaan lagi jika warna dan corak yang dipilih itu keterlaluan atau kata lain ’sedikit terover’. Kesemua ini akan menjejaskan keseluruhan kombinasi pakaian dan tudung pemakai.

Read the rest of this entry »



 
Sep
07
    
Posted (Sarah Malek) in Tudung Bawal Articles on September-7-2007

Dalam pemilihan tudung yang sesuai, kite perlu mengambil kira faktor-faktor seperti berikut:

1. Fabrik Tudung

2. Saiz Tudung

3. Corak Tudung

4. Pilihan Warna

5. Kesesuaian Tudung dan Muka

6. Penggunaan Anak Tudung

This is just an intro for my Tudung-Bawal articles…..tunggu ye!